Popular Post

Isnin, 22 Disember 2014

Hukuman berat kepada pencemar sungai



KUALA LUMPUR - Kerajaan diharap dapat meningkatkan penguatkuasaan dan hukuman terhadap mereka yang didapati mencemar sumber air terutama sungai.

Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) / Puncak Niaga Sdn Bhd, Tan Sri Rozali Ismail berkata, ini adalah kerana jumlah sungai yang tercemar semakin meningkat, dan kini terdapat kira-kira 40 peratus sungai di negara ini tidak boleh digunakan kerana pencemaran.
 
Pencemaran air sungai ini menyebabkan beberapa loji rawatan air terpaksa ditutup, katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kelab Briged Penyelamat Sungai (BPS) 'River Fun Day' di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan