Popular Post

Sabtu, 21 Mac 2015

Hamid Albar cuba jatuhkan kerajaan Najib


Syed Hamid Albar cuba menjatuhkan kerajaan Najib Razak dengan mengumum kadar kenaikkan tambang pengakutan awam darat tanpa di persetuju Parlimen di saat GST akan di laksanakan bulan April, supaya rakyat dan ahli umno terus memandang seroang kepada DS Najib.

"Di sini ada tangan-tangan ghaib cuba menjatuhkan Perdana Menteri melalui agensi kerajaan, kita sudah kenal pasti mereka-mereka ini terdiri dari kem Mahahtir kerana Hamid Albar adalah orang kuat Mahathir sewaktu ketika dahulu, Mahathir akan mengunakan apa cara sekali pun untuk melihat DS Najib berundur dari kerusi Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada anak beliau Mukhris, kata beberapa orang penganalisis politik Malaysia.

Selasa, 17 Mac 2015

Umno semakin retak kerana Mahathir



Mahathir telah mula membuat serangan terhadap Najib bagi memastikan Mukhris menjadi Perdana Menteri kata seorang tokoh politik umno. Di sini kita lihat kem Mahathir bersungguh-sungguh untuk merampas jawatan tertinggi negara itu dari Najib dengan apa cara sekali pun.

Sejarah telah berulang, Mahathir cuba menjatuhkan Najib seperti mana Tunku Abdul Rahman dan juga Pak Lah. Beliau begitu yakin pemimpin umno akan memberi sokongan sepenuhnya.

Apa pun sejarah juga tidak pernah lupa apa yang telah beliau buat kepada ekonomi melayu, tanah melayu, dan juga bangsa melayu sehingga melayu terus berada dalam kegelapan di bawah pemerintahannya.

Ramai yang tahu sejarah beliau dan orang-orang umno yakin sejarah tidak akan berulang dan mereka tidak akan tertipu dengan permainan politik Mahathir.

Isnin, 16 Mac 2015

Pemuda persoal kemana duit rakyat hilang di zaman Mahathir


Matang Perdana Menteri Tun Mahathir mempersoal 1MDB dengan mengatakan pelaburan yang besar sebanyak RM42 Bilion masih belum pasti untung dan ruginya sekiranya Najib teruskan.

Hari ini pergerakkan pemuda umno mula persoal isu yang dimainkan oleh Mahathir dan mula bertanya isu-isu berbangkit dari tahun 1981-2004 yang di terajui oleh matang perdana menteri itu. Antaranya Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion, Pembelian Kilang arak di Filipina juga melibatkan duit rakyat oleh anak Mahathir sebanyak RM29 Bilion, Kehilangan saham Bumiputera sebanyak RM50 Bilion, adakah itu semua mendatangkan keuntungan kepada negara dan rakyat kemana hilangnya duit berpuluh-puluh bilion tersebut.

Isu tersebut terus senyap malah tidak di dedahkan kepada rakyat, malangnya isu 1MDB yang baru ingin di jalankan berbagai persoalan timbul, sehingga sanggup memburuk buruk pentadbiran sedia ada.

Nurul Izzah Anwar di tahan polis


Anak sulung Anak Ibrahim di kenali Nurul Izzah telah di tahan kerana kenyataan beliau cuba menghasut rakyat di dalam dewan Parlimen, sewaktu di dalam tahanan polis beliau kelihatan tenang dan sedang menunaikan solat.

Mahathir mula di kencam oleh ahli dan penyokong umno.



Satu tinjauan di laman sosial facebook mendapati rata-rata golongan umno mula kencam Mahathir kerana memburuk-buruk pentadbiran Najib Razak. Mereka mempersoal pemerintahan Mahathir pada masa lalu, status berbentuk penghinaan tersebut di sukai lebih 24 ribu individu.

Ahad, 15 Mac 2015

Mukhris akan mencabar jawatan Persiden umno akan datang.


Seorang veteran umno yang tidak mahu di kenali berkata, info yang di terima dari dalaman umno mengatakan, Mukhris akan mencabar Najib dalam merebut jawatan Presiden umno pada pemilihan akan datang sekirannya Najib tidak melepaskan jawtan sebagai Perdana Menteri.

Beliau juga mengatakan desas desus bertiup kencang Mahathir telah merestui Mukhris untuk merampas jawatan yang pernah di sandangnya selama 22 tahun, Mahathir juga turut berkempen untuk mencari sokongan terhadap anaknya walau apa cara sekali pun untuk menjatuhkan Najib.



Jumaat, 13 Mac 2015

Serangan Mahathir Muhyiddin terhadap Najib hanya sia-sia


Kata seorang penganalisis politik, serangan Mahathir terhadap Najib hanya sia-sia malah akan membuat orang-orang umno makin membenci dengan kenyataan beliau dan sokongan terhadap Najib akan bertambah kuat.

Mahathir cuba mengajar Najib mengenai pentadbiran negara, adakah di zaman beliau dahulu Tunku Abdul Rahman dan Husin Onn boleh menegur beliau dengan pelbagai pengkhianatan yang di buat pada bangsa melayu?

Kalau di lihat tali hayat orang-orang Mahathir seperti Muhyiddin Yassin dan juga anak beliau iaitu Mukhris, mereka ini tidak akan kekal lama di dalam umno, mungkin perbaharuan kepimpinan akan di buat selepas ini dan cita-cita Mahathir untuk melihat anaknya menjadi Perdana Menteri akan berkubur.

Rabu, 4 Mac 2015

Keluar umno lebih baik


Kuala Lumpur, Tun Mahathir kesal dengan tindakkan Najib kerana tidak mengendahkan masalah rakyat juga tidak mendengar pandangan dari beliau selaku bekas Perdana Menteri yang telah memajukan negara ini.

Beliau amat kecewa dengan kepimpinan Najib, beliau berhasrat akan keluar dari umno buat kali ke dua kerana umno sudah tidak memerlukan khidmat nasihat dari beliau, katanya lagi "Buat apa cheq berada dalam umno hampa tidak mahu dengar nasihat cheq."