Popular Post

Ahad, 17 Mei 2015

Terima Kasih Tun Kerana Menjadi Lidah Rakyat Membuka Pekung Di Dada Sendiri.


Aset TH di salah guna sejak Tahun 1996 untuk membantu syarikat kroni yang tenat dengan hutang.

Admin mengajak kita semua berfikir lebih jauh dalam beberapa isu berkaitan TH sebelum ini di bawah Mahathir.

Antaranya:

1) Dana TH pertama kali disalah gunakan untuk "membantu" pada 1996, berjumlah RM67 juta untuk projek usahasama yang "dipaksa" keatas TH dengan Maju Holding. Pada awalnya TH "tidak bersetuju" kerana kewangan Maju Holding yang agak tenat. Setelah TH mengetahui hutang terkumpul Maju Holding sebanyak RM47 juta. Akhirnya projek itu terbengkalai dan tidak diketahui bagaimana nasib RM67 juta. (Sumber WSJ).

2) Urusan dengan Maju Holding tidak terhenti setakat itu, dan TH masih tidak serik berurusan dengan Maju Holding. Pada 1998 sekali lagi dana TH digunakan. Kali ini dana digunakan untuk tujuan "membeli" bangunan Maju Holding yang kemudiannya ditukar nama kepada TH Perdana. Pada harga atas pasaran. Ini dibuktikan melalui audit 2003, Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta telah membuat laporan bahawa TH telah membayar lebihan RM117.08 juta untuk bangunan bernilai RM152.9 juta, oleh itu TH telah membeli dengan nilai RM270 juta. (WSJ)

3) Pada 1998 juga, TH telah "membayar" RM166.38 juta bagi bangunan TH Selborn yang dibina oleh Swasta Setia Holding Sdn Bhd. JPPH telah meletakkan nilai RM115 juta bagi bangunan tersebut (WSJ).

4) Pada 1998, sekali lagi dana TH digunakan sebanyak RM250 juta untuk "membeli" aset DRB (WSJ).
Admin tidak sempat nak mengira jumlah penggunaan dana TH untuk tujuan tersebut. Admin amat berharap Tuan Puan dapat kira dan berikan maklum balas kepada admin.

Apa yang admin nak sampaikan kali ini ialah, admin yakin sewaktu penggunaan dana TH secara berleluasa, tiada orang yang menyekat salah guna kuasa ini.

Akhirnya bila isu TH membeli tanah 1mdb mendapat untung RM6.5 juta, ayahanda TDM menjadi "PENYELAMAT" dengan menjadi lidah rakyat memburuk-buruk TH, maka pembelian tersebut dibatalkan. Terima kasih ayahanda TDM kerana menjadi lidah rakyat agar kejadian pada 1996 dan 1998 tidak terjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan