Popular Post

Khamis, 17 September 2015

Anwar perlu di bebaskan sekirannya ingin menjadi Perdana Menteri


"Saya tahu anak muda dan seluruh rakyat ingin melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, untuk melantik anwar sebagai Perdana Menteri, beliau perlu di bebaskan dari penjara, untuk membebaskan Anwar Pakatan perlu tawan Putrajaya pada PRU 14 nanti. Saya yakin PR mampu berbuat demikian seperti mana PRU lalu" Kata Tun Mahathir ketika di tanya, layakkah Anwar menjadi Perdana Menteri.


Isnin, 14 September 2015

Mahathir bunuh umat islam di malaysia tanpa ada rasa bersalah


"Tragedi Memali 1985 semua orang tahu itu adalah arahan dan perbuatan Mahathir, sebab itu dia menang tipis perebutan kerusi Presiden umno, rata2 ahli umno tidak boleh terima kenyataan pembunuh di Memali.
Dia (Mahathir) memerintah tidak berperikemanusiaan, you semua kena ingat, dia manusia pandai berlakon kononnya membela umat islam di luar negara seperti Bosnia dan Palastin, hakikat sebenar dialah yang bunuh umat islam di malaysia tanpa rasa bersalah, sampai sekarang dia tidak minta maaf di atas apa yang dia lakukan"... kata Tengku Razagli Hamzah bekas menteri kewangan

Saya lihat telatah Tun Mahathir agak nakal seperti kucing hilang anak


"Cuba tanya Tun Mahathir, tak penat ke tua-tua asik duk menipu rakyat, untuk mencapai apa yang di hajati, sepatutnya dia perlu berehat buat amal ibadah sebelum ajal menjemput, lihat bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi, setelah letak jawatan dari pucuk pimpinan terus beliau berdiam diri mengenai hal-hal pentadbiran sekarang, ..Lain pulak dengan dia ni, saya lihat telatah Tun Mahathir agak nakal seperti kucing hilang anak  ada saja cerita yang di olah untuk memburuk-burukkan kerajaan" Kata Datuk Seri Nazri Aziz

Ahad, 13 September 2015

Mahathir amat licik menipu rakyat


"Siapa tidak kenali Mahathir, seorang manusia yang cukup bijak membelit menutupi kesalahan yang di lakukannya. Masihkah anda ingat sewaktu kejatuhan ekonomi Negara pada tahun 1997 dik kerana keborosan beliau, Mahathir menuduh Bilionair dunia George Soros manipulasi mata wang iaitu Ringgit sehingga jatuh menjunam, beliau juga menuduh itu sebahagian agenda Anwar Ibrahim dan Soros. Pada masa itu rakyat kita telan hidup-hidup cerita Mahathir.

Tidak lama selepas itu, apabila ekonomi Malaysia semakin pulih, kemarahan rakyat sudah mula reda, Mahathir memanggil Soros untuk meminta maaf dari tuduhan yang di lemparkannya dahulu.

Saya kenali Mahathir cukup lama, malah pernah berkhidmat dengan beliau sebagai Menteri Kewangan, dia (Mahathir) amat licik menipu rakyat untuk menutupi kesalahan yang dia lakukan.

Hingga ke hari ini, rakyat Malaysia mudah percaya kata-kata Mahathir walaupun beliau terang-terangan membuat kesalahan. Mahathir menganggap rakyat malaysia adalah dari golongan yang terlalu bodoh, minda kita amat mudah di tipu"..Kata Tun Daim Zainuddin




Jumaat, 11 September 2015

Sila tubuhkan parti baru sekirannya ramai penyokong


Tun M berdalih mengatakan tak perlu jadi pengkhianat tubuh parti baru...Habis yang hentam pemimpin parti secara terbuka bukan pengkhianat? Cukup2 la Tun, bukan semua rakyat malaysia ni bodoh.

Kita alu-alukan Tun buka parti baru sekiranya dia ramai penyokong, kita lihat sejauh mana parti yang Tun tubuh boleh hidup dalam Malaysia. Cuba renung sejenab semangat 46 yang di pimpin Tengku Razali kononnya separuh pengikut adalah ahli umno hanya boleh bertahan 1 penggal sebelum berkubur.

PKR boleh bertahan sehingga kini, resepinya Anwar ibrahim mempertahankan hak rakyat yang di seleweng oleh Tun pada masa lalu.

Muhyiddin menyokong penuh perjuangan DS Najib


"Sebagai orang no.Dua parti melayu yang terbesar dalam negara, saya menyokong penuh kepimpinan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden parti tanpa syak dan prasangka, saya akan terus berkhidmat di dalam parti bagi memastikan wadah perjuangan untuk membela agama, bangsa dan tanah air terus terlaksana" Kata beliau selepas mesyuarat Majlis Tertinggi umno.


Rabu, 9 September 2015

Mahathir menyesal memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalan beliau.


"Saya amat menyesal memecat Anwar Ibrahim dan mengantikan Pak Lah serta mengangkat Najib menjadi Perdana Menteri, sepatutnya jawatan Perdana Menteri adalah milik Anwar Ibrahim, Saya telah buat banyak dosa kepada beliau dengan memfitnahnya sehingga mengaibkan diri dan keluarga beliau, saya memohon maaf di atas kesilapan lalu, rakyat perlu beri peluang kepada beliau untuk mentadbir negara sebagai Perdana Menteri" Kata Mahathir setelah pulang ke tanah air dari lawatan di luar negara.


Isnin, 7 September 2015

Apa beza manusia di palestin dan manusia di memali.


"Kita Boleh Sayang Seseorang, Tetapi Kita Tak Boleh Sayang Sampai Dia Bunuh Orang Pun Kita Sayang... Seperti Pembunuhan Di Memali, Contoh Jer!!!"

Yahudi bunuh rakyat Palestin melayu sungguh2 marah, kononnya kejam tidak berprikemanusiaan, siap keluarkan slogan 'support gaza'... Melayu memali di bunuh tak de pulak keluar isu kejam, jahat, marah jauh sekali.

Ada beza ke manusia di Palestin dan manusia di Memali Kedah,

Islam mengatakan, "jangan sesekali kamu membunuh saudara sesama islam"...Pemimpin yahudi tidak bunuh bangsa sendiri. Malangnya pemimpin islam membunuh saudara islam kerana politik dan di sokong oleh orang2 islam

Mahathir menyokong Hudud yang di perjuangkan PAS

Tun Mahathir menyatakan Hudud yang di perjuangkan PAS selama ini perlu di laksanakan supaya keadilan dapat di tegak, rasuah dan penyalah guna kuasa yang semakin membimbangkan dapat di atasi.
"Dah tiba masanya Hudud wajib di laksanakan dalam Malaysia, rakyat perlu bagi sokongan sepenuhnya pada PAS untuk melaksanakan undang-undang tersebut, saya yakin rakyat akan menerimanya dengan baik ditambah negara Malaysia majoritinya islam" Beliau memberitahu semasa sidang akhbar di Norwich


Berbeza dengan apa yang di ucapkan pada masa lalu..


Beliaulah orang yang pertama menentang Hudud yang di perjuangkan oleh PAS.



Khamis, 3 September 2015

Pembangkang perlu cari formula tumbangkan umno/BN lantik Anwar sebagai Perdana Menteri


"Parti Amanah Negara (PAN) perlu bergabung bersama DAP dan PKR, saya yakin BN akan tumbang PRU akan datang kerana sokongan rakyat terhadap mereka mula terhakis, pastikan Anwar Ibrahim dibebaskan untuk jadi Perdana Menteri" Kata Mahathir ketika berada di luar negara



Mahathir inginkan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri


Adakah beliau terlupa apa yang pernah di ucapkan satu ketika dulu..