Popular Post

Isnin, 16 November 2015

Sokongan Mahathir di kalangan pelajar sekolah


"Apa yang saya lihat hari ini, sokongan terhadap Tun Mahathir ramai di kalangan pelajar-pelajar sekolah yang tidak mampu memberi kesan kepada pemerintah.
Kenapa saya cakap ramai di kalangan pelajar-pelajar sekolah, pertama mereka ini mudah terpengaruh dengan pembangkang, kedua mereka taksub dengan pembangunan yang di bina oleh Tun Mahathir, wal hal mereka tidak mendapat manafaat dari pembangunan tersebut.
Golongan dewasa pula amat cendrung kepada pembangkang dan pemerintah yang ada". kata Dr. Agus Yussof

Selasa, 10 November 2015

Saya bersalah memecat dan menzalimi Anwar - Mahathir



Gempar seorang tokoh politik tanah air yang di segani mengeluarkan kenyataan mengaku bersalah terhadap bekas Timbalan beliau pada masa lalu dengan mengatakan...

"Apabila sudah sampai 1 tahap saya terpaksa mengunakan polis untuk menghalang perkara tertentu daripada seseorang itu bercakap perkara yang tidak baik pada diri saya. Ada orang tuduh saya menyalah guna kuasa masa dulu... Lihat DS Anwar apa terjadi padanya? Saya tangkap, saya taruk masuk dalam tahanan ISA, semua orang nampak saya tangkap DS Anwar dan bukannya ada sebab apa pun, tak ada. Tak ada sebab apa pun. Bukan ada kesalahan apa pun yang di lakukan oleh DS Anwar. Tak ada langsung, sebab itu adalah kezaliman. Ada juga pihak-pihak yang ingin buang saya pada masa itu, tapi susah sikit, sebab masa itu saya ada kuasa orang susah nak buang kita. Sekarang ni dah tak ada kuasa macam-macam orang boleh buat.

Lihat rakaman penuh pengakuan Mahathir di sini ... https://www.youtube.com/watch?v=F-w3kdCvpns

Isnin, 2 November 2015

Saya akan bertanding di Padang Rengas PRU akan datang - Mahathir


Ekoran dari kritikan dan desakkan yang sentiasa di lemparkan terhadap DS Najib Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan mencabar Mahathir agar bertanding di Padang Rengas PRU akan datang.

Cabaran tersebut di sahut oleh Mahathir, beliau akan bertanding di Padang Rengas PRU akan datang dan mengangap Nazri cuma budak mentah.