Popular Post

Selasa, 17 Mac 2015

Umno semakin retak kerana Mahathir



Mahathir telah mula membuat serangan terhadap Najib bagi memastikan Mukhris menjadi Perdana Menteri kata seorang tokoh politik umno. Di sini kita lihat kem Mahathir bersungguh-sungguh untuk merampas jawatan tertinggi negara itu dari Najib dengan apa cara sekali pun.

Sejarah telah berulang, Mahathir cuba menjatuhkan Najib seperti mana Tunku Abdul Rahman dan juga Pak Lah. Beliau begitu yakin pemimpin umno akan memberi sokongan sepenuhnya.

Apa pun sejarah juga tidak pernah lupa apa yang telah beliau buat kepada ekonomi melayu, tanah melayu, dan juga bangsa melayu sehingga melayu terus berada dalam kegelapan di bawah pemerintahannya.

Ramai yang tahu sejarah beliau dan orang-orang umno yakin sejarah tidak akan berulang dan mereka tidak akan tertipu dengan permainan politik Mahathir.