Popular Post

Ahad, 19 April 2015

Ayahnda Tun tak perlu nak perbodohkan rakyat Malaysia.


Ayahnda Tun agak emosi sehingga mengatakan pemberian BR1M RM4 Bilion setahun kepada golongan miskin sasar akan membuat negara bankrap, sebelum ini kerajaan bagi subsidi berpuluh-puluh bilion setiap tahun pada rakyat, negara tidak pernah bankrap ekonomi masih dalam keadaan stabil.

Andai negara ini bankrap sekali pun, saya amat berpuas hati kerana DS Najib agihkan hasil bumi kepada rakyat yang memerlukan, tidak seperti di zaman ayahnda, mengagihkan kekayaan negara kepada anak-anak dan rakan terdekat iaitu keroni

Ayahnda Tun cakap kita perlu bagi pancing, kita nak tanya ayahnda Tun, 22 tahun ayahnda Tun perintah pancing apa ayahnda Tun bagi pada rakyat terutama melayu? Adakah dengan memberi peluang pekerjaan di kilang, sedangkan anak cina ayahnda Tun didik supaya berniaga.

Ayahnda Tun kata BR1M hanya mendidik rakyat jadi malas bekerja, adakah dengan pemberian sekali setahun rakyat jadi malas? Luah pakar ekonomi pegawai khas Bank Negara.