Popular Post

Jumaat, 5 Jun 2015

Pembuli di buli


Tanggal 05. 06. 2015. Ini adalah tarikh yang paling bermakna dalam sejarah bagi seorang penindas. Lebih tepat, bekas penindas sebenarnya kerna hari ini, dia pula yang ditindas. Di perenggan yang pertama ini, ingin ditegaskan juga yang saya sedang ketawa & bergelak sepuas hati hamba saat ini. Penindas ditindas! Kah kah kah

Kenapa saya ketawa? Kenapa tidak mencerca Najib seperti yang lain?.. Jawapan saya mudah, semua dah tahu. Tapi tak ramai yang tahu Najib sebenarnya memang berdarah Pahlawan. Cuba senaraikan pada saya siapa yang berani melawan Tun Mahathir tapi akhirnya hancur dalam perlawanan? Terlampau ramai. Tapi berapa ramai yang mampu berdiri teguh & mampu membungkam suara tua itu? Setakat ini hanya ada seorang & seorang itu ialah Najib.

Mengenali Mahathir ini bukanlah susah. Selain Perdana Menteri yang paling lama dalam Malaysia, dia juga adalah orang yang paling berani dalam melawan kekuasaan Raja-raja Melayu. Sudahkah kita lupa bahawa orang yang bertanggungjawab mengikis kuasa Raja-raja Melayu adalah Mahathir? Betapa pindaan perlembagaan Ogos 1983 telah diusaha secara sulit oleh Mahathir untuk membuang kekebalan Raja-raja ini dan akhirnya berlaku ketegangan antara Mahathir & Raja-raja Melayu selama berbulan-bulan. 'Kompromi' antara mereka ini akhirnya dicapai dengan Mahathir berjaya menyekat kuasa Agong & Raja sebagai penyemak & pengimbang sesuatu keputusan tetapi kuasa menentukan darurat masih di tangan Agong seperti sebelum pindaan. Inilah diantara kejayaan besar Mahathir dalam mengikis kuasa Raja-raja Melayu. Sudahkah kita semua lupa? Siapa yang sebenarnya biadab dengan Raja-raja Melayu? Ketika waktu itu, benarlah Mahathir sebenarnya adalah Agong Tanpa Tengkolok.

Selesai 'mengurus' kuasa Raja-raja, barulah dia boleh memerintah dengan sesuka hati. Dasar penswastaan Mahathirisme yang bermula pada era beliau membarah hingga ke hari ini. Apa yang terjadi terhadap MAS hari ini juga adalah kesan daripada tinggalan kroni-kroni Mahathir yang akhirnya Najib, Perdana Menteri hari ini terpaksa tanggung. Berbilion hutang & ini semua salah Najib? Ya, benar. Najib adalah macai yang akan cuba mencuci segala kerosakan yang telah ditinggalkan. Dan akhirnya apabila imej Najib sudah tidak boleh dibaik pulih lagi, disinilah campur tangan Mahathir berlaku. Mohon semua sedar, ketika era Pak Lah yang lemah lagi melemahkan, Mahathir jugalah yang masuk mencatur dalam 'menggulingkan' Pak Lah & menggantikannya dengan Najib sampai hari ini.

Kesannya 'penggulingan' Pak Lah ketika itu apa? Ketika disaat kelemahan Pak Lah membuktikan kelemahan UMNO, membuang Pak Lah & digantikan dengan yang baru juga membuktikan kekuatan UMNO. Najib dijadikan sandaran mencuci segala kerosakan yang telah berlaku & pada ketika itu, Mahathir akan terlihat seperti suci lagi menyucikan. Inilah hakikat pada ketika itu dan kali ini, skrip yang sama diguna pakai kembali. Mahathir kembali menyerang demi keberlansungan UMNO yang nazak hari ini.

Kita bersama Tun? Nampaknya, ramai yang sudah lupa. Betapa sosok tua itu telah banyak menindas aktivis-aktivis politik yang bersuara ketika era beliau. Betapa Reformasi menjadi igauan setiap rakyat yang tertindas ketika era itu. Bercakap soal Mahazalim ini, yang bangkit melawan di jalanan terus disumbat ke dalam ISA bertahun-tahun. Betapa ramai anak isteri yang dizalimi kerna berjauhan dengan suami akibat ISA itu? Lupakah kita? Ketika era itu juga, sesiapa yang mempunyai CD ceramah Reformasi adalah menjadi satu kesalahan. Betapa gerakan massa dihimpit ke sudut sempit oleh beliau & akhirnya gerakan massa yang besar itu perlahan-lahan menjadi gerakan bawah tanah & dipenghujungnya menjadi gerakan berbentuk parti politik. Sudahkah kita lupa?

Mahathir dihalang berucap di pentas hari ini. Ini satu kejayaan. Satu pembuktian bahawa Najib adalah Pahlawan. Sebelum ini, Mahathir yang membungkam suara yang melawan tapi hari ini, Mahathir pula yang terbungkam. Ini adalah sesuatu yang positif. Kerna apa? Sesuatu yang baru sedang berlaku. Tulisan ini bukan ditulis kerna menyokong Najib sebaliknya apabila mereka sekalian bergaduh, inilah masanya rakyat sekalian belajar. Tidak maju sesuatu tamadun tanpa ilmu & ilmu hari ini ialah, ketika anda ditampuk kuasa, tolonglah berlaku adil sebelum meminta yang lain adil terhadap anda...

Mahathir pula sudah terlalu lama menjadi Agong Tanpa Tengkolok tapi hari ini, dia menjadi Agong Tanpa Tengkolok Tanpa Kuasa. Tahniah Tun atas pencapaian terbaru ini. Ini benar-benar memberansangkan!
Hanya satu kata untuk Tun Mahathir, padan muka. Ini pelajaran untuk Tun kah kah kah kah kah kah cuba belajar utk hormat majlis org lain...

jgn jadi budak2 kecik..."