Popular Post

Rabu, 14 Oktober 2015

Mahathir Orang Tua Nyanyuk Yang Semakin Terdesak


Dulu Tun dengan Ku Li adalah seteru, mereka berdua bercakaran sesama sendiri sehingga Ku Li tubuhkan Semangat 46 umno terus terkubur. Saya masih ingat lagi bermacam cara Tun fitnah Ku Li dengan menabur poster Ku Li sedang "meliwat Mat Yaccob" di Parlimen Tanah Merah dengan kapal terbang ringan untuk menjatuhkan politik Ku Li, Hari ini mereka berdua bagaikan belangkas memburukkan Perdana Menteri mengenai SOSMA. Adakah Tun terlupa ISA yang di pertahankan beliau masa lalu untuk menjaga kepentingan politiknya sehinggakan ramai pemimpin politik yang tidak di sukainya di humban ke dalam ISA, hari ini beliau mengatakan PM menyalah gunakan akta sosma, saya tidak terkilan dengan kenyataan Tun bagi saya dia termasuk orang nyanyuk yang semakin terdesak, tidak mustahil selepas ini Tun akan bersama-sama Anwar Ibrahim yang pernah beliau fitnah kata Ibrahim Ali.