Popular Post

Ahad, 28 Februari 2016

Muhyiddin Gadai Tanah Johor - Veteran Umno Johor


Veteran Umno Johor juga bekas pegawai kanan polis , Datuk Mat Zain Ibrahim, melalui Akuan Bersumpahnya wajar dipuji.

Mendedahkan kes salah laku dan pengkhianatan Muhyiddin Yasin sewaktu menjadi Menteri Besar Johor, beliau tlh memajakkan tanah seluas 21,600 hektar(53,374 ekar) kepada Singapura pada tahun 1988. Ia digunakan untuk membina Empangan Linggiu bagi membekalkan air kepada Singapura. Siap pada tahun 1994, jadi wilayah 'autonomi' yang dikawal ketat. Kalau empangan setinggi 193 meter itu pecah, daerah Kota Tinggi akan tenggelam.

Apa yg dimaklumlan, Singapura membayar pampasan kepada Johor atas tanah tersebut bernilai RM320 juta selama 60 tahun. Status cukai tahunan atas tanah dan hasil jualan kayu balak yang dikatakan bernilai BILION RINGGIT tidak diketahui apa ceritanya.

Kenpa Johor perlu anugerahkan tanah yg begitu luas kepada Singapura, walhal loji Public Utilities Board Singapura(PUB) telah wujud puluhan tahun di Skudai, Tebrau, Ulu Choh dan Gunung Pulai?

siri2 pendedahan mengenai petualang dan penderhaka sebenar negara akan dibongkar dari masa ke semasa. Mereka inilah Bughah yang seharusnya diperangi. Mereka jual negara, tali barut asing(singapura) dan bertanggungjawab menjahanamkan negara sendiri!

Selasa, 23 Februari 2016

Mahathir Bongkak Dan Sombong - Haji Hadi


Dalam satu kenyataan, Tuan Guru Haji Abdul Hadi sempat menyelar bekas pemimpin no.1 negara Dr. Mahathir Mohammad dengan mengatakan, "Mahathir sewaktu mempunyai kuasa dia seorang yang bongkak dan sombong, banyak hak-hak rakyat di nafikan kerana menjaga periuk nasi kroni dan anak-anak, pemimpin pembangkang dan juga kawannya sendiri di hukum tanpa ada pembelaan dengan mengunakan ISA.

Hari ini apa yang berlaku Allah swt ingin menunjukkan kepada diri dia dan kita semua agar menjadi pengajaran jangan terikut-ikut cara pemerintahan yang di lakukannya kerana akan dibalas lambat atau cepat.

Jumaat, 12 Februari 2016

Mahathir Di Kritik Keras Oleh Dr. Maza

Mahathir dalam satu kenyataan terbarunya mengutuk syarikat penerbangan patuh syariah Rayani Air dengan mengatakan “Saya tengok, syarikat Arab Saudi pun tak ada patuh syariah, syarikat negeri-negeri Islam lain pun tak ada… pasal apa kita nak menunjuk dan kata kita lebih Islam dari orang lain?
“Orang yang tak pakai tudung pun Islam juga, orang yang buat dosa pun Islam juga,” kata Mahathir agak keras.

"Saya nak tanya Tun, andai orang minum arak adakah kita ingin minum arak, anda orang buat dosa adakah kita juga ingin buat dosa, salahkah kita belajar mematuhi syariat islam dan perkembangkan syiar islam. 

Hina sangatkah islam di mata Tun, adakah Tun ingin melihat pekerja wanita penerbagan itu tidak memakai tudung seperti anak dan isteri Tun dan menjual arak seperti mana anak Tun membuka kilang arak? Jangan ingat kita di sanjung maka kita boleh memperlekeh islam sesuka hati kita, sepatutnya sebagai umat islam kita perlu menyokong, bukan menghina, jangan menunjukkan kita ni jahil agama" Kata Dr. Maza dalam satu temu bual mengenai kritikkan Tun terhadap islam

Selasa, 9 Februari 2016

Allah Bayar Cash Pada Mahathir Atas Perbuatan Yang Dia Lakukan


"Alhamdulillah hari ini Allah SWT bayar cash di atas perbuatan dia dulu, 22 tahun dia perintah bermacam-macam perkara yang dia lakukan kepada agama, rakyat dan pemimpin pembangkang. Doa seorang ulama juga Presiden PAS arwah ustaz Fadil Nor telah di makbul Allah SWT agar apa yang dia lakukan dapat di lihat oleh rakyat supaya berfikir siapa Mahathir.

Lupakah kita, macam mana islam di hina, sunah nabi di permain-mainkan, hukum Allah di perlekeh, sekolah agama di sekat bantuan, pelajar pondok di anggap sebagai melatih penganas, islam di Malaysia dibuat seperti anak tiri, umat islam di Memali di bunuh tanpa rasa bersalah dan tiada sifat kasihan, tulisan jawi di hapuskan, akhbar Harakah perlu di jual untuk ahli PAS sahaja, mengunakan fitnah seks untuk menjatuhkan lawan dan kawan tanpa rasa berdosa, inikah orang islam yang kita duk bangga-banggakan.

Kita sebagai parti pembangkang jangan termakan helah Mahathir, dia boleh berpura-pura dalam apa saja untuk meraih simpati bagi mendapat sokongan, biarlah pengikutnya yang masih taksub terus terpedaya dengan kata2 dia (Mahathir) kita perlu perkukuh jemaah kita agar tidak di gugat oleh sesiapa sahaja untuk menghancurkan islam... Ucapan Presiden PAS, Haji Hadi di kediaman beliau Marang.

Khamis, 4 Februari 2016

Abah Bekerja Jual Telur Dan Kelinden Lori - Anak Bongsu Bashah


"Betul abah tak belajar tinggi, tiada Phd, Master, Ijazah cuma ada SRP, setelah kematian atok, abah bekerja jual telur dan kelinden lori, sehingga mengabaikan pelajaran untuk besarkan adik-adiknya sekarang mereka semua sudah berjaya dalam pelajaran. Abah mula ceburi bidang politik dari bawah dengan menampal poster sewaktu usia abah 20 tahun, bukan guna cable dan sokongan dari bapa setelah habis belajar" 


"Apa yang saya tahu dari rakan-rakan Mukhriz sendiri, dia memasuki MRSM melalui pintu belakang kerana ayah beliau (Mahathir) seorang tokoh politik tanah air pada masa itu, beliau mendapat pangkat 2 dalam SPM yang pelik boleh melanjutkan pelajarannya ke Jepun dengan mendapat biasiswa penuh kerajaan Malaysia. Assignment pun meniru. Copy paste kulit ke kulit sampai orang lain pun dapat susah. Bila kantoi pandai salahkan orang lain." luah anak bongsu MB kedah yang baru

Rabu, 3 Februari 2016

Agenda DAP Menghadapi PRU14


Satu perjumpaan khas akan di adakan oleh Parti Harapan, kami di fahamkan dari sumber yang boleh di percayai bahawa Tun Mahathir, Mukhriz dan beberapa kepimpinan umno lain akan sertai parti tersebut, antara parti yang akan di sertai oleh mereka seperti PAN, PKR dan DAP.
Agenda ini telah di atur oleh Setiausaha Agong DAP Lim Guang Eng ketua Menteri Pulau Pinang bagi menghadapi PRU14. Perjumpaan ini diadakah bagi membincangkan kedudukkan dan jawatan penting Tun dan beberapa pemimpin umno bagi menarik khususnya orang melayu untuk menyokong Pakatan Harapan pada PRU 14 akan datang.