Popular Post

Khamis, 3 Mac 2016

Tiada Perbezaan Dulu Dan Sekarang - Daim


"Saya sering mendengar orang banding zaman Mahathir dan Najib, ramai yang mengatakan zaman Mahathir tidak membebankan, zaman Najib barang mahal membebankan.

Sebagai bekas menteri kewangan saya ingin katakan tiada perbezaan di antara dulu dan sekarang, Cuba kita renung semula zaman Mahathir gaji kakitangan awam seperti guru di bawah RM1000 rata-rata mereka hanya mengunakan kereta Proton tidak mampu membeli kereta import, rumah sebuah berkongsi bayar bersama suami dan isteri.

Zaman Najib gaji kakitangan awam seperti guru melebih RM3000 sebulan, rumah sebuah seorang ada yang bagi sewa, jarang sekali kita lihat guru pakai kereta Proton, rata-rata kereta import, budak-budak sekolah semua mengunakan motosikal dan juga kereta bukan lagi basikal  jadi di mana perbezaan di zaman Mahathir dan Najib, malah zaman sekarang amat mewah,

Kalau ada yang kata zaman sekarang(Najib) membebankan, kenapa tidak banding zaman Tunku Abdul Rahman dan zaman Mahathir, zaman mana paling tidak membebankan. Untuk memastikan rakyat tidak terbeban sepatutnya pemimpin dahulu (Mahathir) perkukuhkan ekonomi rakyat seperti DEB, bukan pemimpin sekarang yang sambung perjuangan dulu.

kita cakap zaman sekarang amat membebankan sebab kita sendiri yang bermewah mewah, jangan letak kesalahan kita pada pemimpin, pemimpin mana yang ingin melihat rakyatnya susah, kalau mereka ingin rakyat susah kenapa mereka hulur pelbagai bantuan." Kata Tun Daim






Tiada ulasan:

Catat Ulasan