Popular Post

Rabu, 27 Januari 2016

Tak Masuk Syurga Kalau Solat Tapi Memfitnah - Najib Razak


Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri memetik hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga, iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturrahim.
"Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak kiralah siapa kita bekas pemimpin ke, ustaz ke, tok iman ke, orang biasa ke ia tak jamin jadi ahli syurga. Jadi jangan sia-siakan amalan kita selama ini, apatah lagi anda dari parti yang kononnya perjuangkan islam."