Popular Post

Isnin, 23 Mei 2016

Warkah Dari Penjara - Seekor Anjing Tidak Akan Bertukar Menjadi Kambing


"Ketahuilah wahai sahabat, seekor anjing yang dahulunya amat jijik dan pengotor tidak akan bertukar menjadi kambing, begitu juga dengan sifat manusia yang dahulunya banyak melakukan pengkhianatan terhadap rakyat tidak akan merubah dirinya kepada kebaikkan.

Dalam Al quran ada mengatakan usia yang semakin meningkat sekiranya tidak tumpu pada amal jariah ia tidak akan mengubah hati untuk menjadi baik. Dalam masa sama seorang sahabat memberitahu saya, usia yang mencecah 92 tahun tidak mungkin akan membuat kebaikan. Semua sedia maklum sejarah beliau sewaktu ketika dulu amat jijik hendak di perkatakan, pada hari ini beliau bersungguh-sungguh kononnya ingin membela dan mempertahankan hak rakyat sedangkan apa yang berlaku adalah perbuatan beliau pada masa lalu.


Adakah benar beliau sudah insaf dan bersungguh-sungguh ingin membela nasib rakyat, sedangkan pada masa lalu, kekayaan hasil bumi yang ada di dalam negara tidak pernah di kongsi kepada rakyat, yang kaya semakin kaya dengan projek-projek mega, yang miskin semakin melarat hingga ke hari ini."